PASAR SARIKIN BAU
Berikut adalah senarai tempat menarik sekitar Bandaraya Kuching. Kalau datang ke bandaraya kuching jangan lupa melawat tempat2 menarik untuk menghabiskan percutian anda.
1. Kampung Budaya, Sarawak.
Possibly the finest "Living Museum" in South East Asia, Sarawak Cultural Village combines history, tradition, lifestyle and architecture with a dash of education and portion of theatre to create a unique multi-cultural extravaganza.
Seven unique traditional houses, spread over a beautiful 17-acre site, gives you the perfect introduction to Sarawak, its people and cultures, whether you are looking for insight into longhouse lifestyle or a taste of exuberant Sarawak hospitality, Sarawak Cultural Village is a must visit for visitors to Kuching and Damai.
SUMBER: https://www.scv.com.my
2. Pusat hidupan liar Semenggoh
Pusat yang dibina pada 1920 ini sebenarnya bukan khusus untuk orang utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar. Tetapi oleh kerana ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini sinonim dengan haiwan itu.
Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.
Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan.
Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.
Penting
Pusat ini ditutup awal. Semua pengunjung diwajibkan keluar dari pusat ini selewat-lewatnya pada pukul 4:45 ptg.
Malangnya ia ditutup pada hujung minggu.
Jika anda datang dengan bas awam, anda perlu berjalan kira-kira 25 minit dari pintu luar sebelum sampai ke tempat makan orang Utan.
Orang utan sangat sensitif dan mungkin mengamuk jika berang. Patuhi arahan pegawai bertugas pada setiap masa.