Tempat Makan Pilihan Ramai di Kuching

Kuching Sarawak mempunyai keistimewaanya tersendiri dan aneka juadah yang ada di Kuching memang susah kalau nak jumpa kat tempat lain. Disini adalah antara temapt makan pilihan orang ramai ketika berada di Kuching.

Sharifah Homestay Kuching ingin berkongsi tempat-tempat makan di Kuching yang menjadi pilihan semua. Jangan risau,semuanya halal,enak dan pastinya menepati citarasa anda.Sekali makan memang NAK LAGI!!
Jalan Satok, 93400 Kuching, Malaysia
Nombor Telefon :  +6082244432 and +6082244430


Bagi anda yang sukakan makanan tradisional orang Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Mee Sapi dan sebagainya, kami cadangkan anda cuba makan di restoran ini.  Lokasinya tidak jauh dari Pasar Pagi Satok, Kuching. Kalau jalan kaki dari Pasar Satok , hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.
                                                Prata Roll

                                            Nasi Ayam Bakar

                                          Mee Laksa Sarawak

Mi Kolok

Ada pelbagai menu dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Pok, Mee Jawa , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas.
Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada disediakan.
Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2.

2. My Village Barok Bistro
My Village Barok Bistro, Jalan Brooke, Kuching, 93050 Sarawak
Jika anda mahu mencuba makanan seperti Manok Pansoh, Umai Ikan Kerapu, Ayam bakar, ayam penyet, Sayur Midin Goreng, disini adalah tempatnya. Lokasinya amat mudah dicari iaitu diseberang sungai di kawasan Waterfront iaitu sederet dengan kedai menjual Kek Lapis. Harganya amat berpatutan dan Manok Pansoh disini boleh dikatakan agak original kerana dimasak di dalam buluh. Sebelum terlupa anda boleh juga mencuba makanan tradisional Sarawak iaitu LINUT ( sagu yang dimakan bersama sambal belacan )
                                                                 Manok Pansuh

3. Mee Kolok Pak Amit Cafe
Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching, Malaysia.
Telefon : 012 820 2040 / 019 815 5395
Dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam
Facebook : Pak Amit Cafe 
Jika anda mahu mencuba Mee Kolok yang sedap, warung Pak Amit adalah tempatnya. Tetapi lokasinya agak sukar untuk dicari ( jika anda mempunyai teman yang tinggal di Kuching, mungkin anda boleh bertanyakan mengenai tempat ini ) . Rasa Mee Koloknya agak pekat dan sedap. Harganya pula murah dan best. Mengikut kata teman kami yang juga orang Sarawak, biasanya Mee Kolok disini cepat ‘sold out’ ,jadi kalau nak merasa Mee Kolok ini, kenalah datang awal ya.

4. Top Spot Foodcourt


Jln Padungan | Bukit Mata Kuching, Kuching, Malaysia
Dibuka pada waktu malam
Sudah semestinya Kuching yang terkenal dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang best untuk penggemar makanan laut. Gerai makan yang dinamakan Top Spot ini terletak betul-betul di tengah bandar Kuching ini mempunyai berbelas gerai yang menjual makanan laut. Cakap je semua jenis makanan laut ada. Cuma Top Spot ini dibuka dari lewat petang hingga lewat malam dan gerai pilihan pula adalah gerai nombor 25 dan 6 . Lokasinya pula terletak agak dekat dengna Hotel Pullman Kuching. Harga pula berpatutan iaitu menu udang galah diantara RM60 ke atas manakala menu seperti masakan udang, sotong, telur, sayur makan untuk 2-3 orang adalah sekitar RM50 sahaja.


5. Lock Ann ( ice kacang )


6. Laksa Chef Ahid 
Benteng Medan Niaga Satok 


Gerai ini popular dengan keistimewaan laksa sarawaknya serta mi belacan yang digemari ramai.Anda pasti suka dan pasti nak lagi :) 



7. Bemmers Cafe
Petra Jaya (Jalan Duranta), Kuching, Sarawak 93050, Malaysia

Restoran Bimmers Cafe ini agak terkenal juga di Kuching kerana Teh 3 layer mereka yang sedap dan juga Mee Kolok serta Mee Sapi yang best. Bimmers Cafe ini menggunakan konsep mini gerai di dalam restoran mereka dan selain makanan tradisional Sarawak, makanan Thai, Sate, ayam golek, makanan india dan masakan Melayu juga boleh dimakan disini.

8. Swee Kang Ice Kacang
Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha, Kuching, Sarawak 93400, Malaysia
Manisan yang popular di Kuching, Sarawak seperti White Lady ( seperti dalam gambar dibawah ) boleh didapati disini dengan harga RM2.80. Selain White Lady, anda boleh cuba menu seperti Bihun Belacan, Char Kueh Teow, Rojak, Sotong Kangkung dan juga ice kacang.

9. Bing! Coffee ( macam Starbucks )
Facebook : https://www.facebook.com/bingcoffee
Peminat kopi pula jangan lupa cuba minuman kopi di Bing Coffee. Bing Coffee mempunyai banyak outlet di sekitar Kuching dan bandar utama Sarawak. Pastikan anda cuba brownies dengan aiskrim yang terdapat disini.  Yang menarik mengenai Bing! Coffee ini adalah dekorasi interiornya yang sangat cun dan selesa. Menu yang boleh anda cuba adalah White Caramel Latte, Tiramisu Latte, White Mocha Latte.

10. Sugarbun
Laman web : http://www.sugarbun.com/
Outlet Sugarbun : http://sugarbun.com/main/outlets/
Sugarbun merupakan restoran makanan segera yang hanya terdapat di Sarawak ( selain Brunei, Bangladesh dan China ) sahaja jadi jangan lepaskan peluang cuba makanan disini. Menu utamanya adalah Ayam Goreng dengan Savoury Rice special seperti gambar di bawah. Selain itu, disini juga ada menu seperti burger, nasi lemak, kari ayam, Ikan sambal dan pelbagai lagi.