Senarai Tempat percutian menarik di Kuching

Senarai Tempat percutian menarik di Kuching
Berikut adalah tempat percutian yang menarik anda lawati semasa berada di Kuching dan Sarawak.
Rugi rasanya anda tidak melawat tempat-tempat percutian yang menarik anda lawati semasa datang ke Kuching.
Image result for taman negara gunung gading
Taman Negara Gunung Gading

































1.  Kampung Budaya.
Kampung Budaya Kuching
Kampung Budaya Kuching
2.  Pusat hidupan Liar Semenggoh


Pusat Hidupan Liar Semenggoh Kuching
Pusat Hidupan Liar Semenggoh Kuching
Orang Hutan Yang Terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Orang Hutan Yang Terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

3.  Komplek Kubah Ria
Komplek Kubah Ria Kuching
Komplek Kubah Ria Kuching

4.  Kuching Waterfront
 Kuching Waterfront
5.  Taman Negara Gunung Gading


Image result for taman negara gunung gading
Taman Negara Gunung Gading

6.  Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Taman Negara Bako

7.  Pasar/pekan Serikin
Pekan Serikin
Pekan Serikin

8.  Jong's Crocodile Firm
Jong's Crocodile Firm
Jong's Crocodile Firm Kuching

9.  Pusat Hidupan Liar Matang
 Pusat Hidupan Liar Matang
Pusat Hidupan Liar Matang

10. Damai Central Kuching
Damai Central Kuching
Damai Central Kuching

11. Taman Negara Mulu
Taman negara mulu
Taman negara mulu
  1. Pasir Pandak Kuching - New!
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  1. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  1. Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati

Lot 10 Boutique Hotel

Salah satu hotel yang murah dan menarik jika membuat  percutian di Kuching.

Lot 10 Boutique Hotel 

Lot 10, Jalan Ban Hock / Jalan Timur Central, 93100 Kuching, Malaysia



Terletak di Kuching, Lot 10 Boutique Hotel menawarkan penginapan yang moden dan selesa dengan akses WiFi secara percuma di seluruh kawasan penginapan. Ia mengendalikan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam dan menyediakan tempat letak kenderaan di lokasi secara percuma.

Dalam bilik-bilik

Menawarkan pemandangan bandar, bilik-bilik berhawa dingin ini dilengkapi dengan meja, rak pakaian, cerek elektrik dan TV skrin rata dengan saluran kabel/satelit. Bilik mandi en suite menyediakan kemudahan pancuran mandian, alat pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tarikan penginapan

Di Lot 10 Boutique Hotel ini, kakitangan yang ramah boleh membantu para tetamu dengan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi dan pemindahan lapangan terbang. Kemudahan mesyuarat/jamuan dan aktiviti pelancongan juga boleh diaturkan berdasarkan pada permintaan.

Lokasi

Hotel ini terletak dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari Carpenter Street dan Kuching Waterfront. Muzium Sarawak berjarak 1.8 km jauhnya, manakala Lapangan Terbang Kuching boleh diakses dalam jarak 8 km memandu.
Ini adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuching menurut reviu bebas.
Anda akan disambut dalam Bahasa Inggeris
Lot 10 Boutique Hotel telah menerima tetamu Booking.com sejak 19 Nov 2014
Bilik di Hotel: 68

 Lot 10 Boutique Hotel


  1. Pasir Pandak Kuching - New!
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  1. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  1. Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati

Jinhold Service Apartment

Satu lagi hotel dan apartment yang agak murah di kuching iaitu

Jinhold Service Apartment.



Jinhold Service Apartment berjarak 10 minit memandu dari pusat bandar Kuching. Ia mempunyai gimnasium dan tempat penginapan dengan akses WiFi percuma.

Dalam bilik-bilik

Apartmen dan studio dilengkapi dengan sama ada dapur atau dapur kecil. Ia menawarkan penghawa dingin dan bilik mandi en suite dengan kemudahan pancuran mandian. Sesetengah apartmen mempunyai ruang tamu yang luas, balkoni dan mesin cuci pinggan mangkuk. Pengering rambut, kemudahan menyeterika dan sejadah disediakan atas permintaan, tertakluk pada ketersediaan.

Tarikan penginapan

Tetamu boleh meminta bantuan daripada kaunter penerimaan tetamu 24 jam di Jinhold untuk perkhidmatan dobi, faks/fotostat atau concierge. Ruang letak kenderaan persendirian disediakan secara percuma.

Anda akan disambut dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

RM95 SEMALAM

Jinhold Service Apartment


  1. Pasir Pandak Kuching - New!
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  1. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  1. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  1. Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati

Kenali dan pelajari sejarah Bandaraya Kuching Sarawak secara ringkas. Jom bercuti di Kuching.

Kenali dan pelajari sejarah Bandaraya Kuching Sarawak secara ringkas. Jom bercuti di Kuching.

Kenali dan pelajari sejarah Bandaraya Kuching Sarawak secara ringkas. Jom bercuti di Kuching.
Sejarah Bandaraya Kuching Sarawak.
Berikut adalah sejarah bandaraya Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak. Negeri yang mempunyai suku kaum atnik yang terbanyak di Malaysia. Saya berharap pelancong yang melawat Bandaraya Kuching boleh memahami serba sedikit budaya dan asal usul nama Kuching. Semoga artika ini dapat membantu.
Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Sebagai sebuah ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar raya yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia. [1]. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.
Kuching juga merupakan kedudukan pusat kerajaan pada Sarawak moden.

ASAL USUL NAMA KUCHING
Sarawak merupakan sebahagian Kesultanan Brunei dua ratus tahun dahulu tetapi sebagai ganjaran kerana membantu menghancurkan pemberontakan, kawasan ini diserahkan kepada James Brooke, seorang pengembara Inggeris yang memerintah kawasan ini sebagai kemaharajaan peribadi. Kuching dijadikan ibu negeri serta ibu pejabat Brooke. Keluarga Brooke memerintah Sarawak sehingga akhir Perang Dunia II apabila Sir Charles Vyner Brookeraja ketiga serta terakhir, menyerahkannya kepada Kerajaan British pada tahun 1946. Sarawak dan Komanwel British bertempur dalam "Perang Tak Isytihar" dengan Indonesiaagar menghalang Sarawak daripada diserap ke dalam Indonesia Raya. Pihak British memberikan kemerdekaan kepada Sarawak pada tahun 1963, dan bersama-sama dengan Borneo Utara (Sabah) dan Singapura, membantu membentuk Malaysia. (Singapura mengisytiharkan kemerdekaan tidak lama kemudian.)
Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataanIndia yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri. Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan; banyak risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing". Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buahPokok Mata Kucing kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini.
Demografi Kuching
Jumlah penduduk urban utama Kuching ialah sebanyak 634,517 manakala keseluruhan Kawasan Metropolitan Kuching dianggarkan memiliki 980 000 penduduk. Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang MelayuDayakCina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang IbanBidayuhMelanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), TeochewHainanKantonisHenghua dan lain-lain lagi.
Agama-agama utama penduduk Kuching ialah IslamBuddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.
Kebanyakan penduduk Kuchingkuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang.Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.
Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.

Pelancongan di Sarawak

Jom pergi bercuti ke Kuching. Cuti-cuti MalaysiaTempat percutian yang menarik.

Pelancongan di Sarawak. Berikut adalah secara ringkas tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk anda lawati semasa bercuti ke Sarawak.
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua PariTaman RanchanSungai CinaTaman KubahTaman Hidupan Liar Matang, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.
Pusat membeli belah yang popular adalah Lebuh India dan Lebuh Carpenterdan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.

Sejarah Bandar Raya Kuching Sarawak Secara Ringkas

Saya nak becerita sikit berkenaan dengan sejarah Bandar Raya Kuching Sarawak ni secara ringkas. Ini pun saya copy paste dari Wikipedia. Harap para pelancong yang akan berkunjung atau bercuti ke Kuching tahu serba sedikit sejarah Bandar Raya Kuching secara am,
Sejarah Bandar Raya Kuching Sarawak
Bandar Raya Kuching Sarawak

Kuching atau Bandar Raya Kuching[4] merupakan ibu negeriSarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt persegi) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan.[5][6][7]— jika digabungkan jumlah kesemuanya adalah 325,132 orang.[5]
Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan.

 Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brookeseperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British pada tahun 1946.

Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu negeri dan mendapat status bandar pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah bandar yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Kuching adalah tarikan utama bagi pelancong dan merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak danKalimantan.[7] Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer (19 bt) dari bandar dan terdapat banyak tarikan lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia(RWMF), Dewan Undangan Negeri SarawakAstanaFort Margherita,Muzium Kucing, dan Muzium Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur

  1. Tempat Percutian Menarik - Kereta Kabel Langkawi
  2. Tempat Percutian Menarik di Menara Kuala Lumpur (KL)
  3. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  4. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  5. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  6. Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Bako
  7. Tempat percutian menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas
  8. Tempat percutian menarik di Kuching Sarawak untuk dilawati