Pelancongan di Sarawak

Jom pergi bercuti ke Kuching. Cuti-cuti MalaysiaTempat percutian yang menarik.

Pelancongan di Sarawak. Berikut adalah secara ringkas tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk anda lawati semasa bercuti ke Sarawak.
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua PariTaman RanchanSungai CinaTaman KubahTaman Hidupan Liar Matang, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.
Pusat membeli belah yang popular adalah Lebuh India dan Lebuh Carpenterdan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.