Showing posts with label Tempat percutian menarik di Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Tempat percutian menarik di Sarawak. Show all posts

Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak

Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak.

Bau popular dengan  gua-gua batu kapur yang indah dan mempunyai dua peristiwa sejarah yang penting. Ia juga merupakan  destinasi utama untuk peminat sukan mendaki batu yang berhampiran dengan Kuching.

Gua Fairy mendapat nama daripada struktur stalagmit di pintu masuk yang dikatakan menyerupai dewa Cina. Di dalamnya, anda akan melihat perbezaan-perbezaan besar diantara cahaya memasuki gua dan kegelapan bayangan, bersama-sama dengan warna coklat dan kelabu daripada batu tersebut - diketengah berwarna hijau yang diselaputi oleh lumut . Permukaan batu di luar gua adalah tempat di mana pendaki batu melakukan pendakian mereka pada tahap kesukaran yang berbeza-beza.

Gua Angin, ia diberi nama gua angin disebabkan angin yang masuk ke dalam gua tersebut sangat sejuk dan bertiup kuat. Pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk memerhati burung walit dan  kelawar yang banyak terdapat di dalam gua tersebut.Keadaan dalam gua sangat nyaman dan dingin. Sesuai untuk merehatkan minda para pengunjung yang datang berkunjung.

Gunung Batu Kapur di Pekan Bau

Gua Angin


Gua Angin
Tasik Biru Bau

P/S...Jom pergi bercuti ke Kuching. Cuti-cuti MalaysiaTempat percutian yang menarik.


Tempat percutian menarik Di Malaysia

  1. Tempat Percutian Menarik - Kereta Kabel Langkawi
  2. Tempat Percutian Menarik di Menara Kuala Lumpur (KL)
  3. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  4. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  5. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  6. Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Bako
  7. Tempat percutian menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas
  8. Tempat percutian menarik di Kuching Sarawak untuk dilawati
Carian berkaitan dengan Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  1. pantai di sarawak
  2. tempat menarik di sibu
  3. tempat shopping menarik di kuching sarawak
  4. tempat menarik di miri
  5. tempat makan di kuching
  6. tempat menarik di sabah
  7. muzium kuching
  8. tempat membeli belah di kuching

Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)

Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
Tempat percutian menarik di Kuching.Syurga tempat membeli belah barang yang murah.
Pekan serikin. Pekan ni wajib anda lawati seandainya berkunjung ke Kuching. Ianya terletak di sempadan Malaysia dengan Indonesia. Berdekatan dengan daerah Bau Sarawak.
Pelbagai barang dengan harga yang murah boleh anda beli disana.
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam dari Bandaraya Kuching. Anda boleh menggunakan van sewa ataupun teksi untuk ke sana.

Cari Hotel di Kuching klik disini

Kerusi Rotan

Pemandangan di tempat orang berjual beli di Serikin

Kerusi Rotan


Penjual menjual bermacam jenis tikar di Serikin
Pekan Serikin


Sumber : google
Jom pergi bercuti ke Pekan Serikin.
 Cuti-cuti MalaysiaTempat percutian yang paling menarik.

  1. Tempat Percutian Menarik di Menara Kuala Lumpur (KL)
  2. Tempat percutian menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas

  1. Tempat Percutian Menarik di Kuching Waterfront /Tebingan Sungai Kuching
  2. Tempat Percutian Menarik di Pekan Bau Sarawak
  3. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  4. Tempat Percutian Menarik di Perkampungan Budaya Sarawak
  5. Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati
  6. Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Gunung Mulu
  7. Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Niah
  8. Tempat percutian menarik di Kuching Sarawak untuk dilawati

Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Niah


Tempat percutian yang menarik.

Gua Niah yang tersembunyi di dalam hutan di Miri terletak lebih 400km dari Kuching. Taman negara seluas 3,140 hektar ini meliputi kawasan paya gambut, hutan dipterocarp, serta batuan kapur yang besar di mana gua Niah terletak. Gua ini terdiri dari satu gua besar (The Great Cave) dan beberapa gua kecil.



Pada tahun 1958, pakar arkeologi menjumpai bukti pendudukan manusia di dalam gua sejak 40,000 tahun yang lalu. Lukisan batu dijumpai dalam apa yang kini dikenali sebagai Painted Cave, dan penemuan beberapa kayak kecil seperti keranda (kapal kematian) yang menandakan bahawa tapak ini pernah digunakan sebagai tanah perkuburan.


Panduan Perjalanan
Laluan Darat dan Sungai dan Sungai
Anda boleh sampai ke Taman Negara ini melalui jalan raya dari Miri atau Bintulu. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam dari Miri dan 3 jam dari Bintulu ke Batu Niah. Dari Batu Niah, anda boleh menaiki bot untuk ke Ibu Pejabat Taman Negara.

Tempah Hotel di MIRI 80% Murah
Sumber : http://www.tourism.gov.my

  1. Tempat Percutian Menarik - Kereta Kabel Langkawi
  2. Tempat Percutian Menarik di Pulau Langkawi
  1. Tempat Percutian Menarik di Kuching Waterfront /Tebingan Sungai Kuching
  2. Tempat Percutian Menarik di Pekan Serikin (syurga tempat membeli-belah barang yang murah)
  3. Tempat Percutian Menarik di Perkampungan Budaya Sarawak
  4. Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati
  5. Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Bako

Tempat Percutian Menarik di Taman Negara Gunung Mulu

Tempat percutian yang menarik.

Satu lagi tempat percutiaan yang menarik untuk anda kunjungi sekiranya pergi ke Bumi Kenyalang. Memperkenalkan Taman Negara Gunung Mulu.




Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.
Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja!


Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'. Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian sukar tetapi sangat memuaskan hati. Pelawat digalakkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.

Panduan Perjalanan
Menaiki Bot
Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, anda perlu menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di atas Sungai Tutoh (satu cabangan Sungai Baram). Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengahari setiap hari dan kembali semula ke Marudi pada waktu pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam.

Tempat Percutian Menarik di Kuching Waterfront /Tebingan Sungai Kuching


Tempat percutian yang menarik.

Kuching Waterfront / Tebingan Sungai Kuching
Tempat percutian menarik ini wajib anda lawati sekiranya anda berada di Bandaraya Kuching.




Pemandangan yang amat menarik di Tebingan Sungai Kuching.

Sumber: http://www.sedctourism.com

  1. Lot 10 Boutique Hotel
  1. Tempat percutian menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas
  1. Tempat Percutian Menarik di Menara Kuala Lumpur (KL)
  1. Mengenai Sarawak - New!

Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati

Tempat Percutian Menarik di Pusat Hidupan Liar Matang-Menarik untuk dilawati.

Tempat percutian yang menarik.
Pusat Hidupan Liar Matang terletak di Taman Negara Kubah, kira-kira 35km dari Kuching. Kawasan hutan hujan yang luas ini adalah rumah bagi hidupan liar yang terancam. Di sini terdapat program latihan yang mengajar Orang Utan, yang telah kematian ibu bapa atau yang telah diselamatkan daripada dalam kurungan, untuk terus hidup di hutan. Pelawat boleh melihat banyak Orang Utan di sini, terutamanya ketika waktu makan. Selain primat yang menarik ini, ada juga beruang, rusa sambar, musang serta tiga ruangan besar yang menempatkan Helang Laut, burung Kenyalang dan burung lain di Sarawak. 

Anda juga boleh berjalan di dalam hutan kerana terdapat empat denai hutan di sini, Denai Pitcher (mengambil masa 2 jam), Denai Sungai Rayu (lebih kurang 3-4 jam), Denai Sungai Senduk (lebih kurang 1 jam) dan denai Sungai Buluh (lebih kurang 2 jam). Tapak perkemahan, pusat informasi, kemudahan penginapan, tempat meletak kereta dan sebuah kantin kecil terdapat di tapak HQ.

Panduan Perjalanan
Menaiki Bas atau Teksi
Pusat Hidupan Liar Matang terletak 30 minit dari bandar Kuching dan ia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke Pusat ini. Anda digalakkan untuk menyewa teksi kerana tiada bas biasa yang pergi terus ke sana. Atau, anda boleh menghubungi agensi pelancongan yang menawarkan pakej lawatan.

Sumber: http://www.tourism.gov.my
  1. Lot 10 Boutique Hotel
  1. Tempat percutian menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas
  1. Tempat Percutian Menarik di Menara Kuala Lumpur (KL)
  1. Mengenai Sarawak - New!

Tempat Percutian Menarik di Perkampungan Budaya Sarawak

Tempat percutian yang menarik.
Perkampungan Budaya Sarawak-Tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda bercadang melancong ke Kuching. Saya amat sarankan anda melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak ini.


Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Perkampungan Budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat. 


Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.



Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.

Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuah restoran dan kedai menjual kraftangan. Anda juga boleh berkahwin di Perkampungan Budaya Sarawak, mengikut gaya tradisional Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. 

Rumah panjang orang Iban mempunyai bilik berasingan yang terletak bersebelahan, semuanya terbuka menjadi dewan kemasyarakatan, yang digunakan untuk aktiviti riadah seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

Tetamu seringkali dijemput untuk menghadiri majlis-majlis pada setiap malam dan minum air tapai yang kuat, tuak, yang dibuat sendiri oleh orang Iban. Rumah tetamu yang selesa juga disediakan untuk pelawat.

Panduan Perjalanan
Laluan Darat
Tiada pengangkutan awam untuk ke Perkampungan Budaya, tetapi ada sebuah bas ulang-alik yang bertolak dari Holiday Inn Kuching pada pukul 9 pagi dan 12.30 tengahari, dan kembali semula pada pukul 1.45 petang dan 5.30 petang. Atau, anda boleh menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa. Perhubungan jalan raya di sana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikut.
Cari Hotel di Kuching 80% Off  klik disini

Sumber: http://www.tourism.gov.my

Tempat percutian menarik di Kuching Sarawak untuk dilawati

Tempat percutian yang menarik di Kuching Sarawak.

Tempat percutian menarik di Kuching untuk dilawati.
Berikut adalah tempat-tempat yang percutian menarik yang terdapat di Bandaraya Kuching.
Tempat tersebut pasti membuat percutian  anda sekeluarga lebih ceria dan bermakna.
P/S...Jom pergi bercuti ke Kuching. Cuti-cuti MalaysiaTempat percutian yang menarik.